Doktor & Kakitangan
Pasukan kami terdiri daripada Pakar Reproduktif & Perbidanan/ Sakit Puan, Pegawai Embriologi, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih.

Dr. Rohani Aziz
Pengarah Perubatan
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
Dr Rohani Aziz memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1989. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian Pascasiswazah di bidang Perbidanan dan Sakit Puan di Universiti yang sama (UKM) dan memperolehi Master of Obstetrics and Gynaecology pada tahun 2001.
Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengendalian kes-kes bidang Obstetrik dan Ginekologi dan telah berkhidmat lebih 25 tahun. Sepanjang karier beliau, beliau telah bertugas di beberapa hospital kerajaan dan di hospital Universiti. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pensyarah Perubatan dan menjadi Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (FPUPM) dari 2005 hingga 2011.
Beliau mempunyai minat mendalam dalam perawatan kesuburan dan semasa di FPUPM, beliau telah bekerjasama dengan makmal Reproduktif Universiti Putra Malaysia dan Hospital Serdang dalam mengendalikan kes-kes kesuburan. Beliau juga telah menjalani latihan sub kepakaran di bidang Infertili di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr Rohani adalah seorang yang peramah, bertanggungjawab, dedikasi dan amanah. Perawatan sedemikian amat disenangi pesakit dan kakitangan. Beliau juga merupakan seorang yang berkaliber dan berkepimpinan.

Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Pelawat VFC
Pakar Perubatan Reproduktif
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
[email protected]
Dr. Murizah Mohd Zain menerima Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994. Selepas menamatkan latihan sebagai doktor siswazah di Hospital Besar Pulau Pinang, beliau bertugas di Hospital…
Seri Manjung selama 2 tahun sebelum memulakan program Sarjana di dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi di Hospital USM, Kubang Kerian. Beliau telah berjaya mendapat Sarjana Obstetrik dan Ginekologi pada tahun 2001 dan seterusnya memulakan kerjaya beliau sebagai Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Alor Setar sehinggalah pada tahun 2006 beliau meneruskan latihan “Fellowship in Reproductive Medicine”. Beliau menjalani latihan di Research Centre of Reproductive Health, University of Adelaide , South Australia. Pada tahun 2008 setelah tamat latihan Fellowship, Dr. Murizah telah mengasaskan perkhidmatan Tabung Uji di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Unit ini merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan Tabung Uji di Zon Utara. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini dan telah melatih ramai doktor-doktor pakar dalam bidang Reproductive Medicine. Beliau juga telah melakukan lebih dari 4000 kes IVF dan lebih dari 800 bayi telah lahir melalui program ini.
Dr. Murizah melakukan sessional visit secara tetap di Vistana Fertility Centre bagi menyumbang kepakaran beliau bagi pesakit-pesakit di VFC. Kesibukan beliau tidak pernah menghalang Dr. Murizah dari bergiat aktif dalam kerja-kerja NGO dan kebajikan di mana beliau merupakan ahli aktif I Medik dan juga Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Alor Setar. Beliau juga mempunyai bakat menulis dan telah menghasilkan beberapa buku ilmiah serta juga banyak berkongsi ilmu di platform media sosial.

Dr. Hari Ram a/l Ramayya
Pakar Perunding Pelawat VFC
Pakar Perubatan Reproduktif
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
[email protected]
Dr Hari Ram memiliki Ijazah Perubatan (MBBS) pada tahun 1997 dari MS Ramaiah Medical College di bawah naungan Universiti Bangalore, Karnataka, India.
Beliau juga telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Obstetriks & Ginekologi (UKM) pada tahun 2005.
Dr Hari Ram telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM) sejak tahun 1997 bermula di Hospital Alor Setar, Kedah diikuti dengan Hospital Queen Elizabeth & Hospital Papar di Sabah sehingga tahun 2001. Beliau telah melanjutkan pengajian dan latihan di peringat Master in Obstetrics & Gynaecology di Hospital UKM & HKL sehingga tahun 2005. Dr Hari Ram telah kembali bertugas di Hospital Tuanku Fauziah pada tahun 2005.
Minatnya untuk Perubatan Reproduktif & IVF mendorongnya untuk melanjutkan pelajaran di HKL, HUKM dan selanjutnya di Melbourne IVF, Australia dibawah pengawasan Prof John McBain dari tahun 2010 hingga 2013. Minat mendalam beliau dalam pembedahan juga telah mendorongnya untuk memperolehi Fellowship in Minimally Invasive Surgery di World Laparoscopy Hospital, New Delhi, India dunia di bawah pengawasan Profesor RK Mishra pada tahun 2014. Dr Hari Ram telah kembali ke Perlis untuk bergabung dengan KPJ Perlis Specialist Hospital pada tahun yang sama.

Dr. Maiza Tusimin
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi
Pakar Perubatan Reproduktif
Bsc.Med (Hons), MD (UPM), Dr.ObGyn (UKM), AM (Mal), ASRM (USA)
Fellowship Reproductive Medicine & Fertility
Dr.Mai adalah Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologo dengan sub-kepakaran dalam Perubatan Reproduktif & Kesuburan. Beliau adalah mantan Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Hospital Pengajar UPM & telah berkhidmat di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 19 tahun yang lalu. Beliau adalah graduan sulung Doktor Perubatan (MD), Universiti Putra Malaysia (2001) & Presiden Persatuan Alumni Medik Putra.
Beliau terlibat dengan penyelidikan & penerbitan jurnal berimpak tinggi (H-index 6), kajian kuantitatif dan kualitatif berkaitan dengan kehamilan, sel stem haematopoietik, kesihatan wanita, andrologi dan kesuburan.
Beliau aktif memberi ceramah akademik dan forum komuniti yang berkaitan dengan kesihatan wanita. Beliau juga merupakan kolumnis di beberapa majalah tempatan termasuk Majalah Pa & Ma, i-Sihat dan yang terbaru, Dewan Kosmik. Beliau adalah ahli kehormat American Society for Reproductive Medicine (ASRM) dan European Society of Human Reproduction and Embryology (ESHRE).
Walaupun jadual kerja beliau agak padat di Pusat Perubatan Prince Court, beliau komited berkongsi maklumat kesihatan berkaitan dengan kesuburan & kehamilan di instagram @ dr.maiza

Nor Nadiah Yusri
Ketua Jururawat
Nadiah ialah seorang jururawat berdaftar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau menamatkan pengajian di dalam bidang kejururawatan dari kolej Universiti MAHSA pada 2012. Beliau memulakan kerjaya dan menimba pengalaman sebagai jururawat kesuburan di Klinik Pakar Wanita Vistana sebelum menyertai Vistana Fertility Centre.
Dengan pengalaman luas yang beliau ada, bersama dengan personaliti yang menyenangkan, beliau akan memastikan yang perjalanan anda menuju kehamilan berjalan dengan lancar.

Nur Ilanah Rosli
Penasihat Saintifik
Cik Nur Ilanah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Mikrobiologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana Prenatal Genetics & Fetal Medicine dari University College London, United Kingdom.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai sains embriologi di Metro IVF pada tahun 2007 sebagai pegawai sains embriologi junior. Beliau menunjukkan kemajuan dalam bidangnya dan mula bertugas sebagai…
pegawai sains embriologi junior. Beliau menunjukkan kemajuan dalam bidangnya dan mula bertugas sebagai pegawai sains embriologi di Hospital Sultanah Bahiyah. Dalam pada masa yang sama, beliau juga berkhidmat sebagai pengurus makmal di KL Fertility & Gynaecology Centre.
Beliau juga aktif berpersatuan di mana beliau merupakan salah seorang pengasas Persatuan Embriologi Klinikal Malaysia. Di peringkat Nasional, beliau telah dilantik sebagai pakar teknikal oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan bertindak sebagai pengkaji teknologi luaran untuk Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia (MaHTAS).
Pengalaman beliau yang begitu luas dalam bidang embriologi menjadi kunci untuk merealisasikan misi Vistana Fertility Centre dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit.

Najwa Safuhah
Pegawai Sains Embriologi
Najwa telah menjalani kursus persediaan untuk ke luar negara selama 2 tahun di INTEC Education College, Shah Alam sebelum melanjutkan pelajaran ke Oregon State University (OSU), USA.
Beliau menceburi bidang Biologi (Genetik) dan telah mendapat pendedahan bekerja di dalam pelbagai makmal termasuk Makmal Biologi Molekul dan Makmal Embriologi sepanjang tempoh pengajian. Beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Biologi (Genetik) di OSU pada tahun 2020.
Najwa memulakan kariernya sebagai Pegawai Sains Embriologi di Vistana Fertility Centre di samping menjalani latihan di bawah unit perubatan reproduksi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Sultanah Bahiyah.
Beliau bersedia menyumbangkan ilmu dan kemahiran yang beliau ada untuk membantu pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil. Beliau akan berusaha untuk memberikan yang terbaik demi membantu pasangan mencapai impian mereka.