Proces Persenyawaan IVF
Langkah 1: Temu janji pertama bersama pakar
Pada temu janji pertama, doktor pakar kesuburan akan menyemak sejarah kesihatan anda dan semua rawatan dan pemeriksaan terdahulu.
Anda dan pasangan anda perlu hadir bersama pada temu janji pertama dengan doktor pakar kesuburan. Doktor akan menyemak sejarah kesihatan anda, semua pemeriksaan dan rawatan terdahulu, dan akan memberikan nasihat awal berkenaan pilihan rawatan anda.
Langkah 1: Temu janji pertama bersama pakar
Langkah 2: Rundingan pra-rawatan
Anda akan bertemu semula dengan pakar kesuburan, mengesahkan pelan rawatan anda, menjawab segala soalan dan menandatangani borang persetujuan yang berkaitan. Berbincang mengenai ubat-ubatan yang anda ambil sekarang, kerana perkara ini boleh mengganggu rawatan anda.
Langkah 2: Rundingan pra-rawatan
Langkah 3: Rawatan Bermula
Jururawat kesuburan akan memberi anda ubat yang diperlukan, menerangkan tentang kronologi kitaran rawatan, dan menunjukkan cara-cara untuk menyuntik sendiri ubat hormon yang diperlukan. Kami mencadangkan anda dan pasangan anda untuk menghadiri temu janji ini.
Langkah 3: Rawatan Bermula
Langkah 4: Pemantauan Rawatan
Sepanjang kitaran anda, ultrasound biasa mengukur ukuran dan bilangan folikel ovari anda. Ini juga membantu menentukan masa yang sesuai untuk pengumpulan telur.
Langkah 4: Pemantauan Rawatan
Langkah 5: Suntikan hCG (‘trigger’)
Setelah anda mempunyai bilangan dan saiz folikel yang optimum, kami merancang untuk prosedur pengumpulan telur. Anda akan diberikan suntikan hCG (human chorionic gonadotropin atau agonist) pada waktu malam, dan operasi untuk pengumpulan telur akan dilakukan 36 hingga 38 jam kemudian.
Langkah 5: Suntikan hCG (‘trigger’)
Langkah 6: Pengumpulan Telur melalui pembedahan harian
Pengumpulan telur dilakukan melalui pembedahan harian,dibawah pengaruh ubat bius umum, Anda akan berada di hospital selama kira-kira 4 jam dan memerlukan seseorang untuk mengantar anda pulang selepas itu. Pada pagi pengumpulan telur, pasangan anda perlu memberikan sampel air mani (sperma) segar, sehingga telur anda dapat disenyawakan dengan segera.
Langkah 6: Pengumpulan Telur melalui pembedahan harian
Langkah 7: Persenyawaan Telur
Telur yang telah dikutip dibawa ke makmal dan disimpan di dalam media kultur sebelum disenyawakan pada hari itu. Bagi IVF, sperma dan telur yang telah disediakan diletakkan bersama di dalam piring di mana persenyawaan berlaku. Bagi ICSI, sperma individu dipilih oleh embriologi yang berpengalaman, dan, di bawah kawalan mikroskopik yang sangat halus, telur disuntik dengan sperma tunggal ini.
Langkah 7: Persenyawaan Telur
Langkah 8: Perkembangan Embrio
Telur dan sperma kemudian diletakkan di dalam inkubator pada 37 darjah bagi menyerupai suhu tubuh manusia. Keesokan harinya, saintis akan memeriksa telur untuk menentukan sekiranya persenyawaan telah berlaku, dan akan menghubungi anda untuk memberi nasihat mengenai perkembangan embrio.
Langkah 8: Perkembangan Embrio
Langkah 9: Pemindahan Embrio
Pemindahan embrio merupakan prosedur pembedahan sehari yang sederhana dan biasanya dilakukan lima hari selepas pengumpulan telur. Embrio dipindahkan ke dalam rahim menggunakan kateter yang sangat halus melalui serviks, prosedur yang serupa dengan pap smear. Dalam beberapa kes, kami mungkin mengesyorkan pemindahan embrio dilakukan lebih awal.
Langkah 9: Pemindahan Embrio
Langkah 10: Pembekuan Embrio
Lebihan embrio yang tidak digunakan di dalam kitaran rawatan yang sesuai untuk dibekukan boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
Langkah 10: Pembekuan Embrio
Langkah 11: Ujian Kehamilan
Jururawat anda akan mengatur temu janji untuk anda menjalani ujian darah dua minggu selepas pemindahan embrio. Sekiranya ujian kehamilan positif, kami akan mengatur imbasan ultrasound kira-kira dua minggu kemudian.
Langkah 11: Ujian Kehamilan