Selamat Datang ke Vistana Fertility Centre
Setiap pasangan mengimpikan kelahiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan dan penyejuk mata. Namun tidak semua pasangan berupaya memperolehinya dengan mudah. 1 dari 6 pasangan mengalami kesukaran untuk hamil dan memerlukan bantuan untuk mencapainya. Di VFC, VISI kami adalah untuk membantu anda dengan memberikan rawatan kesuburan yang terbaik, holistik serta patuh syariah. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik berasaskan teknologi terkini yang akan memberi anda peluang kejayaan yang tinggi. Di samping itu, kami mahukan setiap pasangan dapat dibantu dengan menawarkan perkhidmatan pada harga yang mampu dibiayai kerana kepuasan anda menjadi keutamaan kami.
VFC juga merupakan pusat rawatan kesuburan yang patut syariah dan satu-satunya pusat kesuburan di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
Berikan kepercayaan anda pada kami untuk membantu perjalanan anda mendapatkan zuriat tanpa was was. Kadangkala impian anda memerlukan sedikit bantuan.